DoAku......

DoAku......

Friday, December 3, 2010

Allah mengajarkan aku erti sebuah kesabaran…




Sabar. Bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersabar dan mengerjakan solat. Kerana dengan solat, kita sebagai hambaNya terasa dekat denganNya.begitu juga dengan sabar. Dengan bersabar, kita dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta kita. Syukur padaMu Ya Allah…kerana mengajarkan aku erti kesabaran dengan dunia ini. Begitu payah hidup yang aku lalui…rupanya itu bentuk huluran tangan kasih sayangMu untuk ku supaya dapat mengajarkan aku erti kesabaran yang harus aku pupuk dalam diri ini. Setinggi kesyukuranku padaMu anugerah yang tidak terhingga.Alhamdulillah…

Tipu. Jika aku katakan aku tidak cedera dalam usahaku untuk memupuk sabar dalam diri ini. Sehinggakan aku dapat merasakan sakitnya badan menahan diri untuk belajar bersabar. Berapa banyak air mata yang mengalir dari sakitnya menahan diri untuk menjemput sabar hadir ke dalam diri ini…tapi ingatlah wahai muslim…usahamu itu tidak sia-sia, kerana Allah sudah mengiranya setiap saat yang kau hadirkan dalam niatmu jika semuanya hanya kerana Dia…

Sabar menahan kemarahan.
Sabar menahan mehnah.
Sabar menjalani ujian.
Sabar menahan diri dari lakukan dosa dan maksiat.
Sabar dalam berdakwah dan melakukan kebaikan.
Sabar berhadapan dengan manusia.

Seorang muslim itu harus percaya tentang adanya sebuah lagi kehidupan selepas kehidupan dunianya,iaitu yang di namakan alam akhirat…hidup ini tidak hanya terhenti di sini. Ada kesinabungan antara alam dunia dan alam akhirat. Begitu juga kesinabungan dengan apa yang kita lakukan sekarang akan jua memberi kesan kepada kehidupan yang selepas ini… Jadi ingatlah kesabaranmu itu ada anugerahnya buatmu, jika tidak di dunia akan ada bahagia menantimu di akhirat kelak. Kerana itu janjiNya. Dan Dia tidak pernah memungkiri janji…Hati ini kembali bahagia dalam rahmatMu, biar sakit di sini, kerana dunia adalah tempatmu bekerja untuk nikmati hasilnya di akhirat kelak…

“ Bersabarlah lima minit sahaja terhadap tipu daya orang-orang yang menipu, kezaliman orang-orang yang zalim, kekejaman orang-orang yang kejam. Sebab jalinan tali itu akan terjatuh, ikatan akan terlepas, orang yang di penjarakan akan di keluarkan, dan kegelapan akan memudar. Yang di perlukan hanyalah anda bersabar dan menunggu”.
Bira betapa musibah besar terasa menyesakkan dada ini…namun ku pasti akan bertemu kebahagiaan abadi yang merawat luka ini…menghapus air mata di pipi…ku terus menanti saatnya hadir…tika saat itu hadir…ku telah lupakan segalanya…hanya menjemput ketenangan dan kebahagiaan abadi…kurniaan Ilahi buat diri yang tidak putus-putus harap menanti sinar dariNya…
Sedang hanya Allah yang miliki jalan keluar…
Teruskan bersabar dan berdoa…insyaAllah…telah di tetapkan segalanya buat mu di dunia ini…bagaimana setelah, sekarang dan saat yang bakal kau hadapi di sini…

“Zamanku selalu menentangku,
Sedang ia tidak tahu
Bahawa aku lebih mulia dan berbagai kejadian,
Zaman menjadi hina ketika aku tertidur,
Ia memperlihatkan kepadaku bagaimana keangkuhannya
Sedang aku pun tidur
Aku perlihatkan kepadanya bagaimana kesabaran itu.”-Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Inilah yang di lakukan oleh orang-orang yang berakal, mereka menghalang berbagai cubaan dan meletakkan kesusahan di bawah kekuatannya…
Bersabarlah dan tidaklah kamu bersabar, kecuali dengan pertolongan Allah, bersabarlah dengan kesabaran orang yang yakin aka nada jalan keluar, mengetahui cara terbaik, memohon pahala, menginginkan pengguguran dosa. Bersabarlah meskipun begitu besar cubaan yang menerpamu dan musibah menjadi gelap di hadapanmu. Sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran dan sesungguhnya jalan keluar sesudah kesusahan dan sesudah kesusahan di situ ada kemudahan.

No comments:

Post a Comment