DoAku......

DoAku......

Friday, February 18, 2011

Persoalan Tentang CINTA


Sudah lama tidak membahaskan tentang cinta dengan adik-adik...sejak sudah lama mendiamkan diri sebentar dari dunia luar...kembali mencari diri.Mencari masa untuk diri sendiri jua barangkali..koreksi dan mencari kembali apa yang sudah lama hilang dan tidak terisi...Hakikatnya hati ini jua harus di isi dengan cinta Hakiki...kembali mencari itu jua...

Lately, tidurku sering di ganggu dengan esak tangis dari seorang perempuan kerana seorang lelaki.Berbaloikah?Mungkin pada orang yang mengalaminya adalah perkara biasa bagi orang bercinta...


Tetapi padaku..

CINTA SUCI ITU MENYEMBUHKAN, BUKAN MENYAKITKAN"...

cinta sucikah itu andai setiap hari bergaduh...
hidup jadi lintang pukang...
sudah tiada ertinya lagi...
diri sudah jadi bagai orang yang sudah tidak waras lagi dan di akhiri dengan kata ingin MEMBUNUH DIRI???
padaku TIDAK WAJAR sama sekali...

Aku jua pernah di anugerahkan Allah merasai perasaan itu...aku jua mengalami apa yang kamu alami...aku jua merasai bagaimana merananya kita kerana itu...

kerana APABILA PERSOALAN CINTA DAN PERASAAN MENSELIMUTIMU...KEWARASAN AKAL FIKIRAN SUDAH TIDAK DI PUNYAI LAGI...aku mengerti hakikat itu...cumanya..bila berhadapan dengan situasi begitu...KEKUATAN JIWALAH YANG MENJADI PELAMPUNG HIDUP DAN BERSERAH DIRI PADA ALLAH...kerana hakikat ANUGERAH CINTA yang Allah kurniakan dariNYa dan mohon jualah penyelesaian yang TERBAIK jua DAriNya...

Doaku buatmu...semoga ujian Allah yang kita hadapi saat ini ketemu jalan yang terbaik yang Allah telah janjikan buat kita dan BAHAGIA AKHIRNYA...

aku suka untuk kongsikan kata-kata ini
" BIARPUN PERSOALAN CINTA TELAH KU URAIKAN PANJANG LEBAR,
NAMUN...BILA CINTA KU DATANGI
AKU JADI MALU PADA KETERANGANKU SENDIRI,
BILA SAAT CINTA KU SELAMI,
AKAL TERBARING TAK BERNYAWA,
BAGAIKAN KELDAI TERBARING DI DALAM LUMPUR"

CINTA SENDRILAH YANG MENERANGKAN CINTA DAN PERCINTAAN...
akhir kata...buat diri dan teman-teman...BERHATI-HATILAH KERANA CINTA ,KERANA IA ADALAH ANUGERAH YANG PUNYA KUASA LUAR BIASA YANG MAMPU MERUBAHMU...

Sunday, January 2, 2011

LuAhaN keKeCeWAan sUmBer KeKuaAtAnKu



" KhAs lagu iNi daRiku BuAtmu...siApa-sIaPa..."

CUBA KAU DENGAR
CUBA KAU CUBA
DIAM DIRIKU DUBA UNTUK BERBICARA DENGAN KAMU
PERNAHKAH KAU ADA?
BILA KU PERLU UNTUK MELUAHKAN RASA HATI
DAN BILA KAU BERSUARA
SETIAKU MENDENGAR
AGAR TENANG KAU MERASA
SIAPA SEBENARNYA AKU PADAMU?
MUNGKIN SAMA DENGAN TEMAN LAIN
YANG BISA KAU BUAT BEGITU
DAN BILA TIADA LAGI TEMAN BERMAIN
KAU PULA MENDAPATKAN AKU
ITULAH AKU PADAMU

CUBA KAU LIHAT
CUBA KAU CUBA
RENUNG KE MATA AKU
BILAKU KAKU MELIHATMU
PERNAHKAH KAU ADA?
BILAKU PERLU UNTUK MENYATAKAN
RASA SAKIT DALAM DIRI
DAN BILA KAU PERLU
SETIAKU MENUNGGU
AGAR SENANG KAU MERASA

MAAFKAN KERANA KU TAK PERNAH
TERLINTAS UNTUK MENULIS PADAMU
SALAHKANKU
TAK MUNGKIN LAGI AKU MEMINTA
UNTUK KAU MENDENGAR
UNTUK MELIHAT KE MATAKU
SIAPA SEBENARNYA AKU PADAMU
MUNGKIN SAMA DENGAN TEMAN LAIN
YANG BISA KAU BUAT BEGITU
DAN BILA TIADA LAGI TEMAN BERMAIN
KAU PULA MENDAPATKAN AKU
ITULAH AKU PADAMU



Lirik lagu CUBA yang di nyanyikan oleh Faizal Tahir ni, menyentuh sanubariku.Mungkin lirik ini memberikan impak yang besar dalam diriku.Kembali memikirkan tentang diri ini. Serasanya mungkin ianya ada kaitan lalu memberikan semangat buat diri ini setelah kekecewaan yang lama terpendam di lubuk hati. Dan lagu ini memberikan aku kekuatan untuk membuat keputusan dan meneruskan langkah tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Jauh di sudut hati, masih ada sisa kesedihan, tapi aku percaya yang aku kuat untuk bermujahadah...insyaAllah...ya Allah...berilah kekuatan pada diri ini...meneruskan langkahku yang Kau Redhai...amin

Aku tidak pernah menyesali takdir Allah yang mengenalkan aku padamu...Aku bersyukur kerana Dia memberi peluang mengenali lagi bagaimana hidup ini yang sebenarnya...alhamdulillah...ini satu pengalaman berharga buat diriku untuk hidupku...semoga pengalaman lalu mengajarkanku erti sebuah kedewasaan dan pengorbanan.

Kini aku lebih kuat hadapi hidup..insyaAllah...kembali mencari bahagia sendiri...tanpa di bebani oleh hal-hal yang lainya..Permulaan kepada diriku dan hidupku yang baru...

Doaku buat dirimu MOGA BAHAGIA SELALU dan TERIMA KASIH atas segalanya

Saturday, January 1, 2011

COUNTDOWN 2011


JALAN2 KEFASIKAN (KEJI)

-Syirik & lupakan Allah
-Lupa kepada Ajaran Agama
-Tidak mengerjakan Solat
-Menurut hawa nafsu & syaitan
-Minum arak & hisap dadah
-Berjudi dan tikam nombor ekor
-Pergaulan bebas lelaki dan perempuan
-Pakaian dedah aurat dan seksi
-Menonton video lucah
-Melepak dan membuang masa
-Merempit di jalan raya
-Couple sebelum kahwin
-Sex bebas dan berzina
-Derhaka kepada Ibu Bapa
-Bangga dengan maksiat
-Buruk akhlak dan jahil agama
-Cinta dunia lupakan mati


*DOSA
*RUGI
*JAHILIAH
*ALLAH MURKA
*NERAKA

*****************************VERSUS**************************

JALAN KETAQWAAN (TERPUJI)

+MengEsakan dan ingat kepada Allah
+Pegang teguh pada agama
+Mengerjakan solat 5 waaktu dan Doa
+Melawan nafsu dan syaitan
+Menjauhi rokok, arak dan dadah
+Menjauhi judi dan membencinya
+Menjaga adab dalam pergaulan
+Berpakaian menutup aurat
+Bertudung sempurna bagi wanita
+Tidak membuang masa dengan sia-sia
+Berjemaah di masjid/surau
+Couple selepas kahwin
+Benci zina dan menjauhinya
+Mentaati ibu bapa
+Cinta akhirat ingat mati
+Faham agama baik akhlak
+Benci maksiat dan mencegahnya


*PAHALA
*UNTUNG
*SOLEH
*ALLAH REDHA
*SYURGA


========PILIHAN DI TANGAN KITA==========

Maksud Firman Allah SWT dalam surah As-Sham 8-10
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan(keji) dan jalan ketaqwaan(terpuji). Sesungguhynya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya...



Terbitan; Gabungan NGO Islam Kuantan dgn kerjasama JAIP Pahang

Friday, December 3, 2010

PNB INVESTMENT COMPETITION




Alhamdulillah...tanggal 27 September 2010 yang lalu....saya dapat mewakili Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ke pertandingan pelaburan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB. Pertandingan kuiz pelaburan antara universiti-universiti seluruh Malaysia...yang di adakan di Marriot Hotel Putrajaya...

Pertandingan yang berlansung selama dua hari satu malam itu begitu banyak memberikan pengalaman dan jua pengajaran buat diri ini...walaupun hanya sekadar dua hari satu malam...

aku ketemu sahabat yang lama sudah tidak berjumpa...Siti Hamidah md Rodzi...

sangat sedikit peserta yang bernama Islam...barangkali...yang pastinya...peserta yang berjaya ke peringkat akhir cuma yang bukan ber "bin" atau "binti" namanya...sangat menyentuh dalam sanubari ini...kenapa dan mengapa...?biarpun sudah dua tahun aku mewakili Universiti...namun, mungkin bukan rezeki lagi untuk menjadi salah seorang muslim yang berjaya ke peringkat akhir...aku pasti kenapa itu berlaku...mungkin masih perlu di fikirkan bagaimana kembali memartabatkan muslim dalam bidang kewangan ini dan pelaburan...dan akhirnya kembali menerajui ekonomi malaysia...akhirnya dunia...perlu usaha yang sangat kuat.itu aku pasti...

Di kesempatan yang Allah berikan padaku untuk merehatkan diri dan minda serta perasaan dari kesibukan dan kekacauan yang melanda diri dalam semester yang sedang di lalui...alhamdulillah...sedikit ketenangan hadir dalam diri...setelah berehat di hotel 5 bintang itu dan menghirup udara segar jauh dari UNITEN dan Muadzam yang menyesakkan dadaku ketika itu sebentar...dan akan kembali berhadapan dengan cabaran yang begitu menduga tahap kesabaranku...aku mohon kekuatan dari Mu Ya Allah....

Sekitar pertandingan

pesertanya bukan sedikit...menjangkau ratusan pelajar...dari berbagai kaum, agama dan jua negara...di sini terdapat perbezaan antara pelajar yang levelnya tinggi dan rendah...sangat ketara...walau pun masing-masing membawa nama universiti masing-masing...aku nampak sangat ketara tentang itu...itu yang harus di pelajari dan di teladani...
Allah mengangkat darjat orang yang berilmu di antara kamu...

alhamdulillah...akhirnya...dapat kembali semula ke universiti masing-masing setelah program selesai...universiti malaya, universiti sains malaysia, universiti utara malaysia dan Kolej Tunku Abdul Rahman berjaya menbawa pulang kemenangan masing-masing...

selesai sudah...lagi satu tanggungjawab dan kesempatanku sebagai pelajar...

Allah mengajarkan aku erti sebuah kesabaran…




Sabar. Bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersabar dan mengerjakan solat. Kerana dengan solat, kita sebagai hambaNya terasa dekat denganNya.begitu juga dengan sabar. Dengan bersabar, kita dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta kita. Syukur padaMu Ya Allah…kerana mengajarkan aku erti kesabaran dengan dunia ini. Begitu payah hidup yang aku lalui…rupanya itu bentuk huluran tangan kasih sayangMu untuk ku supaya dapat mengajarkan aku erti kesabaran yang harus aku pupuk dalam diri ini. Setinggi kesyukuranku padaMu anugerah yang tidak terhingga.Alhamdulillah…

Tipu. Jika aku katakan aku tidak cedera dalam usahaku untuk memupuk sabar dalam diri ini. Sehinggakan aku dapat merasakan sakitnya badan menahan diri untuk belajar bersabar. Berapa banyak air mata yang mengalir dari sakitnya menahan diri untuk menjemput sabar hadir ke dalam diri ini…tapi ingatlah wahai muslim…usahamu itu tidak sia-sia, kerana Allah sudah mengiranya setiap saat yang kau hadirkan dalam niatmu jika semuanya hanya kerana Dia…

Sabar menahan kemarahan.
Sabar menahan mehnah.
Sabar menjalani ujian.
Sabar menahan diri dari lakukan dosa dan maksiat.
Sabar dalam berdakwah dan melakukan kebaikan.
Sabar berhadapan dengan manusia.

Seorang muslim itu harus percaya tentang adanya sebuah lagi kehidupan selepas kehidupan dunianya,iaitu yang di namakan alam akhirat…hidup ini tidak hanya terhenti di sini. Ada kesinabungan antara alam dunia dan alam akhirat. Begitu juga kesinabungan dengan apa yang kita lakukan sekarang akan jua memberi kesan kepada kehidupan yang selepas ini… Jadi ingatlah kesabaranmu itu ada anugerahnya buatmu, jika tidak di dunia akan ada bahagia menantimu di akhirat kelak. Kerana itu janjiNya. Dan Dia tidak pernah memungkiri janji…Hati ini kembali bahagia dalam rahmatMu, biar sakit di sini, kerana dunia adalah tempatmu bekerja untuk nikmati hasilnya di akhirat kelak…

“ Bersabarlah lima minit sahaja terhadap tipu daya orang-orang yang menipu, kezaliman orang-orang yang zalim, kekejaman orang-orang yang kejam. Sebab jalinan tali itu akan terjatuh, ikatan akan terlepas, orang yang di penjarakan akan di keluarkan, dan kegelapan akan memudar. Yang di perlukan hanyalah anda bersabar dan menunggu”.
Bira betapa musibah besar terasa menyesakkan dada ini…namun ku pasti akan bertemu kebahagiaan abadi yang merawat luka ini…menghapus air mata di pipi…ku terus menanti saatnya hadir…tika saat itu hadir…ku telah lupakan segalanya…hanya menjemput ketenangan dan kebahagiaan abadi…kurniaan Ilahi buat diri yang tidak putus-putus harap menanti sinar dariNya…
Sedang hanya Allah yang miliki jalan keluar…
Teruskan bersabar dan berdoa…insyaAllah…telah di tetapkan segalanya buat mu di dunia ini…bagaimana setelah, sekarang dan saat yang bakal kau hadapi di sini…

“Zamanku selalu menentangku,
Sedang ia tidak tahu
Bahawa aku lebih mulia dan berbagai kejadian,
Zaman menjadi hina ketika aku tertidur,
Ia memperlihatkan kepadaku bagaimana keangkuhannya
Sedang aku pun tidur
Aku perlihatkan kepadanya bagaimana kesabaran itu.”-Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Inilah yang di lakukan oleh orang-orang yang berakal, mereka menghalang berbagai cubaan dan meletakkan kesusahan di bawah kekuatannya…
Bersabarlah dan tidaklah kamu bersabar, kecuali dengan pertolongan Allah, bersabarlah dengan kesabaran orang yang yakin aka nada jalan keluar, mengetahui cara terbaik, memohon pahala, menginginkan pengguguran dosa. Bersabarlah meskipun begitu besar cubaan yang menerpamu dan musibah menjadi gelap di hadapanmu. Sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran dan sesungguhnya jalan keluar sesudah kesusahan dan sesudah kesusahan di situ ada kemudahan.

Wednesday, October 27, 2010

salam imtihan

"...Cukuplah Allah s.w.t menjadi Penolong kami dan Allah s.w.t adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat kurnia (yang besar dari) Allah s.w.t, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah s.w.t, Dan Allah s.w.t mempunyai kurnia yang besar." (Ali Imran : 173-174)

CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG

USAHA + TAWAKAL = BERJAYA

SALAM IMTIHAN
BI TAUFIQ WA NAJAH BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI UNITEN
Semoga Imtihan ini menjadi jambatan pengerat hubungan kita dengan Ya Robb...amin
Semoga Kejayaan menjadi milik kita...muslim

singgah sebentar di Tinta Hatiku...

Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...kerana dengan kesempatan sedikit masa yang di berikan...aku masih mampu untuk menekan keyboard notebook ku ini untuk sedikit coretan buat penambah saham buat akhiratku...semoga...di permudahkan segalanya...

sudah lama aku kira..tidak menjenguk ke tinta hatiku ini...mungkin sedang merajuk dia barangkali,dengan kesibukanku menguruskan hal-hal duniaku yang kian mencabar kesabaran serta kewibawaanku sebagai seorang muslim untuk menempah nama di syurgaNya...harapannya,agar semuanya baik-baik sahaja...insyaAllah...

Sedang menghadapi peperiksaan tahun akhir aku sekarang...sekejap aja semester ini aku kira.Alhamdulillah...masaku begitu terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, aku kira...insyaAllah..harapannya begitu, supaya tidak banyak di soalkan kemana usiaku di habiskan nanti...

Banyak rasanya yang aku ingin kongsikan di sini...tapi nanti-nantilah...insyaAllah..punya kesempatan nikmat masa yang Allah berikan lagi..aku akan postkan bingkisan-bingkisan buat tatapan kita bersama, insyaAllah...moga di beri kesempatan untuk itu..amin Ya Robb..

sekian dulu untuk kali ini...ketemu di kesempatan yang lain...insyaAllah...

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksaan neraka" (Al-Baqarah : 201)