DoAku......

DoAku......

Thursday, August 12, 2010

Luahan;Sedih dengan debu-debu dosa


Aku benar-benar terkilan...

Aku melangkah ke tempat itu dengan tujuan untuk membantu menghilangkan debu-debu dosa, untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah, untuk mencari redha Allah, untuk membuatkan Allah lebih sayang padaku…semuanya kerana Dia…

Tetapi setelah aku berada di tempat itu, aku kini merasa begitu sedih…

Teramatlah sedih melihat dan mengenangkan diriku sekarang ini…

Kenapa harus begini…???

Mengapa jadi begini…???

It change me a lot….ke arah yang Dia tidak suka…dan aku tahu sememangnya Dia sekarang murka denganku. Tidak tahu harus bagaimana lagi untuk menebus kelelahan ini…sangat sedih..tersedu-sedu aku menangis…menahan gelora hati dan jiwa serta nurani dan juga jasmani yang sakit. Bahana perbuatan sendiri dan juga natijah dari kesan tindakanku dulu untuk ke sini…di mana silapnya…???

Adakah kerana niatku??tidak!!

Aku ke sini hanya kerana Dia!!!untuk membantu hamba-hambanya di sini…

Adakah kerana lemahnya imanku…???masih menjadi tanda Tanya yang jawapan untuk itu…akhirnya aku tenggelam dalam kesedihan mengenangkan betapa Dia marah padaku kini…terkenang kembali aku yang dahulu sebelum ke tempat ini…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun aku yang dulunya di sini, memang banyak pancarobanya, debu-debu dunia yang gelap, begitu tebal sehingga penglihatanku terbatas, walau aku tidak gembira di sini…aku tetap punya bahagia menjadi aku…yang tidak larut dengan suasana…aku masih menjadi aku…walau debu-debu yang kuat sering menampar-nampar mukaku…namun aku masih punya kekuatan untuk menepisnya dengan tangisan kemenangan dan kebahagiaan..kerana aku masih aku..dan Dia menyayangiku…aku tahu ketika itu…hatiku masih kekal, kebal tidak berganjak…dan kerana aku tidak punya banyak pilihan untuk di timbang kira…

Dahulu…aku

Siangnya hanya untuk belajar,berpenat lelah memerah otak demi mencari ilmu, menunaikan fardhu Ain…malamku…hanya di rumah…selesai semua tugasan yang di rancang…tidur awal untuk bangun malam…kembali sujud pada Dia…berdating dengan Dia…mengisi masa berhargaku bersama Dia…aku punya banyak masa untuk Dia…Dia selalu di hatiku….AKU BAHAGIA…walau di sisi sekelilingku penuh dengan debu-debu dosa…kerana Dia masih bersamaku…

Kemudian…aku

Mengambil langkah untuk membantu menghilangkan debu-debu dosa di sekelilingku, juga Kerana Dia…aku berusaha sebaik mungkin untuk membuatkan Dia lebih menyayangiku…aku kira aku mampu untuk menghilangkan debu-debu dosa di sekelilingku…dan Dia akan lebih menyayangiku…aku memang tamak untuk mendapatkan cinta Dia dulu…tapi kini aku ingin kongsikan bersama sekelilingku…kerana dengan itu Dia akan lebih menyintaiku…itu benar

Tetapi kini aku silap perhitungan…baru aku tahu, diriku tidak mampu untuk itu…aku terheret di kaki debu-debu dosa…ia mengelilingiku kini, mungkin sebahagian darinya…aku tersangat sedih…

Aku…kini

Siangku banyak masaku di habiskan untuk membuat perkara-perkara yang membuatkan bertambahnya lagi debu-debu dosa di sekelilingku…walau itu bukan pintaku!aku berpenat membuat tugasan itu semata-mata untuk mendapat redha Dia..tetapi Dia memusuhiku…kerana aku secara tidak langsung menambah debu-debu dosa di sekelilingku…aku teramat sedih…tidak dapat ku gambarkan perasaan ini…malamku…aku terpaksa tidur lewat merangka apa lagi yang boleh aku lakukan sebaik mungkin untuk Dia…aku tidur lewat…malamku kini selalunya di luar…bukan lagi di rumah…kononnya untuk menunaikan amanahku, tetapi dalam masa yang sama, debu-debu doa kian melekat pada diri ini…dimana diriKu!!!aku tenggelam dalam mempertahankan sesuatu yang di namakan amanah!

Aku sudah tidak punya banyak masa untuk Dia!banyak masaku di habiskan untuk debu-debu dosa kini…aku tidak mampu lagi untuk ketawa…bahkan untuk tersenyum di dalam jagaku juga aku tidak mampu…AKU GAGAL!untuk mendapatkan cintanya kerana terpalit pada diriku kini debu-debu dosa yang dahulunya aku ingin hilangkan…

Ya Allah…aku memohon keampunan dariMu…

Tolong tarik balik diriku ini dalam jagaanMu seperti waktu dahulu…

Walau dulu aku sendiri…aku masih bisa benar tersenyum bahagia..

Tidak seperti sekarang!semuanya palsu!aku bukan diriku!aku tidak suka itu!

Aku hanya mahu DiriMu….tolong aku Ya Allah….

Sesungguhnya aku sudah tidak berdaya untuk menunaikan amanah ini, kerana aku tidak cukup kuat, kerana amanah ini juagalah…aku merasa begitu berdosa kepadaMu, aku merasa begitu jauh denganMu, aku merasa Engkau sudah tidak sayang lagi padaKu…Tolong jangan begitu….Tolong Ya Allah….bukan salah amanah, hanya salah diriku yang tidak cukup kuat untuk itu…tidak cukup kuat untuk terus berada di tempat itu menjalankan amanah untuk menghilangkan debu-debu dosa bersendirian.fullstop.

jauh di sudut hatiku;aku masih bersyukur...kerana rasa ini adalah bukti Engkau tidak pernah melupakan aku...tolong tungguku di situ selalu...aku sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan cintaMu semula...tuntun langkahku Ya Allah...


Monday, August 2, 2010

SEKA AIR MATAMU PEJUANG- langit Ilahi

Seka air matamu wahai pejuang. Bukan kau bergerak dengan hitungan manusia. Bukan kau hidup untuk memenuhi kehendak mereka. ~ picture from http://www.lightning-strike.com


Pejuang.

Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan.

Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka.

Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.

Maka jangan kamu meminta kepada mereka.

Aku disisimu, hendak menceritakan sesuatu.

Syyyhh… jangan menangis.

Seka air matamu wahai pejuang.

Lumrah pejuang

Apakah kau tahu lumrah pejuang?

Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.

Cabaran dan pengorbanan.

Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.

Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.

“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.

Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.

Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati.

Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.

Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.

Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?

Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang.

Tetapi jangan fikir engkau terbuang.

Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.

Dia ada untukmu.

Dia

Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.

Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.

Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.

Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:

“…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.

Seka air matamu.

Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.

Dia menjagamu. Menjagamu.

Merapatlah

Pejuang, seka air matamu itu.

Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.

Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.

Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.

Tetapi Dia punya segalanya.

Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 155-157.

Dan Dia bukan penipu.

“Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Ar-Ruum ayat 5-6.

Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.

Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.

“Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah Ghaafir ayat 60.

“Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah Muhammad ayat 7.

“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.

Seka air matamu. Gerakkan dirimu.

Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.

Selainnya tiada.

Penutup: Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.

Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.

Jangan menangis ya?

Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.

Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.

Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?

Tersenyumlah. Bangun.

Teruskan perjuangan.

Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.

Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.

kisah rama-rama dan musim bunganya...ISTIMEWA RAMADHAN

Jika di tanya tentang rama-rama, ramai yang menyatakan sukakan rama-rama kerana ianya cantik. Tetapi seberapa ramai antara kita yang tahu kisah di sebalik Allah menjadikan rama-rama yang cantik itu, dan seberapa ramai antara kita yang tahu kesakitan dan kisah silam seekor rama-rama yang cantik itu? Tidak Allah jadikan segala yang di dunia ini sia-sia dan Allah berikan manusia akal yang istimewa untuk melihat hikmah di sebalik setiap kejadian. Maka bersyukurlah kita.

Kisah di sebalik cantiknya rama-rama saya dengar pada bulan puasa 5 tahun dahulu. Saya sudah tidak ingat siapa yang menyampainya tetapi kisahnya yang masih terpahat kukuh dalam ingatan saya. Di sini saya kongsikan kisahnya untuk panduan dan pengajaran yang berharga buat kita semua. Moga-moga ianya dapat di jadikan pengajaran buat kita semua..Kisahnya begini.

Ada seekor ulat yang kerap merosakkan pokok-pokok serta tanaman petani di sebuah kampung. Ulat yang istimewa ini dapat merasakan kebencian orang-orang di kampung tersebut. Ia kerap terdengar petani-petani itu mengatakan tentang kebencian mereka kepadanya, sudahlah buruk rupanya dan merosakkan tanaman pula, tidak ada apa yang istimewa langsung kepadanya. Dan mereka hanya akan membunuhnya sahaja jika di jumpainya di mana-mana. Ia berasa menyesal dengan apa yang telah berlaku. Tetapi apakan dayanya kerana hanya itulah makanannya.Allah sudah takdirkan hidupnya begitu. Namun dia pasti setiap apa yang Allah tentukan ada hikmah di sebaliknya.

Oleh sebab itu, ia telah membawa diri jauh ketengah hutan dan memasuki sebuah gua, di sana ia bertaubat dan bermunajat kepada Allah, memohon agar segala dosa-dosanya selama ini di ampunkan oleh Allah dan memohon agar dirinya di jadikan sesuatu yang akan di pandang sebagai sesuatu yang berharga oleh orang-orang di situ.

Lalu si ulat mengurungkan dirinya di dalam daun-daun seberapa lamanya tanpa makan dan minum mengharapkan agar dosanya di ampunkan oleh Allah, dan menjadikan dirinya lebih baik dari sebelum ini. Setelah sekian lama begitu sang ulat merasakan terdapat kelainan yang berlaku pada dirinya, maka terkeluarlah sang ulat dari kepompongnya. Dan tanpa di sedarinya dia kini sudah bersayap. Dan sayap pada badannya berwarna warni dengan cantik sekali. Dan dia juga boleh terbang dengan bebasnya.Tetapi ada juga antara rakan-rakannya yang tidak tahan dan mati di dalam waktu berpuasa itu. Tetapi dia bersyukur Allah memanjangkan usianya. Lalu dia keluar kembali ke kampungnya dahulu. Apabila orang-orang terpandangnya sahaja, ramai yang memujinya menyatakan bahawa dia cantik dan sukakannya.

Betapa bahagianya sang ulat, yang dahulunya hodoh dan hanya mendapat kebencian orang, selepas dia bertaubat, dia menjadi cantik dan di sukai orang.Tetapi semua itu hanya sementara, kerana dia juga akan pergi selapas ini. Tetapi dia bahagia kini, kerana dosanya diampunkan tuhan dan lebih bahagia dengan kehidupannya kini berkat kesabarannya mengharapkan ampunan dari tuhan mendapat pujian dan di sukai semua makhluk di sekelilingnya…hidup ini indah..jika KERANA ALLAH…

Itulah kisah sang ulat yang bertukar cantik setelah bersungguh di medan perjuangan ramadahannya...sangat indah ramadhan bagi orang-orang yang beriman..umpama bunga yang mekar di musim bunga...

Salam ramadhan buat semua...moga ramadhan kali ini bergitu berbunga buat kita semua...

RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN KAREEM...hadirmu yang selalu ku nantikan