Jika di tanya tentang rama-rama, ramai yang menyatakan sukakan rama-rama kerana ianya cantik. Tetapi seberapa ramai antara kita yang tahu kisah di sebalik Allah menjadikan rama-rama yang cantik itu, dan seberapa ramai antara kita yang tahu kesakitan dan kisah silam seekor rama-rama yang cantik itu? Tidak Allah jadikan segala yang di dunia ini sia-sia dan Allah berikan manusia akal yang istimewa untuk melihat hikmah di sebalik setiap kejadian. Maka bersyukurlah kita.
Kisah di sebalik cantiknya rama-rama saya dengar pada bulan puasa 5 tahun dahulu. Saya sudah tidak ingat siapa yang menyampainya tetapi kisahnya yang masih terpahat kukuh dalam ingatan saya. Di sini saya kongsikan kisahnya untuk panduan dan pengajaran yang berharga buat kita semua. Moga-moga ianya dapat di jadikan pengajaran buat kita semua..Kisahnya begini.
Ada seekor ulat yang kerap merosakkan pokok-pokok serta tanaman petani di sebuah kampung. Ulat yang istimewa ini dapat merasakan kebencian orang-orang di kampung tersebut. Ia kerap terdengar petani-petani itu mengatakan tentang kebencian mereka kepadanya, sudahlah buruk rupanya dan merosakkan tanaman pula, tidak ada apa yang istimewa langsung kepadanya. Dan mereka hanya akan membunuhnya sahaja jika di jumpainya di mana-mana. Ia berasa menyesal dengan apa yang telah berlaku. Tetapi apakan dayanya kerana hanya itulah makanannya.Allah sudah takdirkan hidupnya begitu. Namun dia pasti setiap apa yang Allah tentukan ada hikmah di sebaliknya.
Oleh sebab itu, ia telah membawa diri jauh ketengah hutan dan memasuki sebuah gua, di sana ia bertaubat dan bermunajat kepada Allah, memohon agar segala dosa-dosanya selama ini di ampunkan oleh Allah dan memohon agar dirinya di jadikan sesuatu yang akan di pandang sebagai sesuatu yang berharga oleh orang-orang di situ.
Lalu si ulat mengurungkan dirinya di dalam daun-daun seberapa lamanya tanpa makan dan minum mengharapkan agar dosanya di ampunkan oleh Allah, dan menjadikan dirinya lebih baik dari sebelum ini. Setelah sekian lama begitu sang ulat merasakan terdapat kelainan yang berlaku pada dirinya, maka terkeluarlah sang ulat dari kepompongnya. Dan tanpa di sedarinya dia kini sudah bersayap. Dan sayap pada badannya berwarna warni dengan cantik sekali. Dan dia juga boleh terbang dengan bebasnya.Tetapi ada juga antara rakan-rakannya yang tidak tahan dan mati di dalam waktu berpuasa itu. Tetapi dia bersyukur Allah memanjangkan usianya. Lalu dia keluar kembali ke kampungnya dahulu. Apabila orang-orang terpandangnya sahaja, ramai yang memujinya menyatakan bahawa dia cantik dan sukakannya.
Betapa bahagianya sang ulat, yang dahulunya hodoh dan hanya mendapat kebencian orang, selepas dia bertaubat, dia menjadi cantik dan di sukai orang.Tetapi semua itu hanya sementara, kerana dia juga akan pergi selapas ini. Tetapi dia bahagia kini, kerana dosanya diampunkan tuhan dan lebih bahagia dengan kehidupannya kini berkat kesabarannya mengharapkan ampunan dari tuhan mendapat pujian dan di sukai semua makhluk di sekelilingnya…hidup ini indah..jika KERANA ALLAH…
Itulah kisah sang ulat yang bertukar cantik setelah bersungguh di medan perjuangan ramadahannya...sangat indah ramadhan bagi orang-orang yang beriman..umpama bunga yang mekar di musim bunga...
Salam ramadhan buat semua...moga ramadhan kali ini bergitu berbunga buat kita semua...
RAMADHAN KAREEM
RAMADHAN KAREEM
No comments:
Post a Comment