Sejak akhir-akhir ni ramai sahabat-sahabatku yang merungut dan melepaskan kegeraman mereka tentang segolongan pelajar-pelajar lain yang meniru dalam exam…memang tidak adil!katanya dengan penuh perasaan…berbagai-bagai cara yang di lakukan…sangat kreatif..antaranya yang selalu dilakukan..meniru dari kawannya ,sudah biasa…selalunya begini..memang ramai yang mengamalkan cara begini…mungkinlah.berbincang sesama mereka sewaktu exam,dan lebih teruk lagi menyalin seratus peratus dari dalam nota..dan yang advance sikit..tulis dalam handphone..yang handphone nya canggihla…dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan…begitu ya!tersenyum aku di buatnya…kesian..bukan pada sahabatku, tetapi kesian pada orang yang meniru itu..desperate.bolehkah di katakan begitu…?
Adakah mereka pernah terfkir yang…adakah jua mereka seorang yang BERJAYA dalam hidup?adakah mereka bahagia dengan keputusan peperiksaan yang berada di genggaman adalah hasil dari penipuan terhadap diri sendiri dan jua pensyarah dan mungkin jua adalah penipuan untuk masa hadapan mereka jua..siapa pasti yang mereka akan beroleh kemenangan yang pasti sehingga keakhirnya…?walaupun dapat result yang elok…itu bukanlah lagi pengukur sebuah kejayaan…adakah boleh di katakan itu adalah hasil kita jika kita meniru…sedangkan orang lain berhempas pulas berusaha..dan dengan jujur menjawab soalan peperiksaan yang susah..harga penat lelah, harga waktu rehat, harga waktu makan….dan harga waktu-waktu lain lagi yang terpaksa di lupakan demi berjuang habis-habisan berusaha semata-mata untuk menjawab peperiksaan yang mungkin hanya 2 atau 3 jam…sedangkan kita masih boleh bersuka ria, menghabiskan masa bersama rakan-rakan…akhirnya selepas exam kita dapat markah yang lebih baik dari mereka yang bertungkus lumus belajar…dengan hasil penipuan kita?adakah itu yang di namakan adil…mungkin kita lupa…tentang apa yang namanya KESAN! tentang setiap yang kita lakukan akan ada kesannya yang kita terpaksa tanggung…mungkin kesannya bukan sekarang…mungkin jua bukan di dunia ini…tetapi…Allah sudah menjanjikan kesudahan yang baik untuk mereka yang berbuat baik dan jua kesudahan yang buruk buat mereka yang berbuat kejahatan..ini baru kes meniru ketika exam…belum lagi kes free rider untuk assignment dan project paper…memang menggeramkan..dan jua agak kasihan pada sahabat2 yang pandai…terpaksa jadi hamba…bertungkus lumus menyiapkan assignment untuk orang lain..terpaksa ..katanya…memang tidak munasabah…saya betul tidak faham..apa sebenarnya yang di lakukan oleh pelajar-pelajar ini sebenarnya..di university sebenarnya..?big question mark…jawablah sendiri…berbaloikah beribu-ribu ringgit selama beberapa tahun di university…tetapi akhirnya…hasilnya…tidak seperti yang di harapkan…sungguh sangat menyedihkan…
Oleh itu..usah bimbang dan sedih wahai sahabat-sahabatku…aku mengerti kesayuan yang bermukim di hatimu…Allah itu Maha Adil…doakan aja yang baik-baik buat mereka..Moga satu hari nanti…mereka akan beroleh hidayah dari Allah yang Maha Adil dan Maha Penyayang…
Buat mereka pula…inginku kongsikan sedikit renungan bersama…Aku masih ingat lagi…first semester, first kelas,first lecture,first subject and first year di KUIS…Puan Intan nama lecturer itu, aku masih ingat kata-katanya sehingga kehari ini…katanya: Saya tidak kisah kalau awak semua nak meniru dalam exam atau dalam semua tugasan yang saya berikan..malah kalau hendak meniru dalam apa-apa subject pun buatlah…tetapi, sebelum buat itu..ingatlah kata-kata saya ini…Apa yang awak lakukan dengan meniru dan dengan jalan yang salah..itu sebenarnya bukanlah hak dan hasil usaha awak…jadi awak menipu diri awak sendiri, menipu seorang pendidik yang memberikan ilmu…menipu orang tua awak..dan jua menipu orang sekeliling serta ramai lagi yang di tipu oleh awak…dan hasil yang bukan hak awak…haram…dan seterusnya dengan result meniru dan menipu itu…awak dapat kerja..dengan hasil itu jua, awak makan dan minum…dan kemudian awak menyara keluarga awak…hasil dari wang yang haram…walaupun kerja yang awak lakukan halal..tetapi pucuk pangkalnya dari meniru dan menipu…hasil yang haram…can you imagine…just start with the basic one..It will affect your entire life…how worst it is!
Mungkin kita semua tidak menyedari hakikat ini…maka tidak mustahillah…anak-anak zaman sekarang banyak yang menyusahkan orang…dari menyenangkan orang..mungkin dari kesalahan yang di lakukan dulu oleh orang tua mereka..dan mungkin kita jua bakal pening kepala dan tension melihat anak sendiri yang menyakitkan mata dan segalanya…lalu..tegoklah kembali bagaimana kita dahulu…masa sezaman anak kita…Kerana kita sekarang adalah lambang anak-anak kita pada masa akan datang…bahkan mungkin anak-anak kita nanti mungkin lebih teruk lagi…kerana zaman semakin hari semakin maju…fikir-fikirkanlah…Adakah kita ingin melakukan kesalahan yang sama..bila kesannya sangat teruk…?tanya diri sendiri…masih tidak terlambat lagi untuk berubah kerana…kita masih menyedut dan menghembus udara kurniaan Allah sehingga sekarang…dan jua matahari belum terbit dari arah barat…sehingga saat itu..masih ada kesempatan…sampai saat itu..segalanya sudah tidak bermakna lagi…sudah terlambat…Nauzubillah…
Buat sahabat-sahabatku…usahlah bersedih jika anda mendapat keputusan yang kurang memberansangkan dengan hasil usaha sendiri dan kejujuran pada diri sendiri…berbahagialah…serta bersyukurlah dengan kurniaan Allah dan KAsih Sayangnya kerana memilih anda untuk bahagia kemudian hari…berusahalah dengan lebih gigih lagi..supaya kita sama-sama dapat tersenyum kemudian hari…ingat sahabatku..long term planning is better than short term..biar bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..jua buat diri sendiri…jangan sedih kerana jujur…insyaAllah bahagia!kerana dengan itu..barulah di namakan bernilainya seorang pelajar…bersama-samalah kita meningkatkan value seorang pelajar sekarang supaya Berjaya dan bahagia di kemudian hari…amin.

No comments:
Post a Comment