DoAku......

DoAku......

Saturday, February 6, 2010

YM dari Mesir...

IMAM SYAHID HASSAN AL BANNA:

"andai Islam seperti sebuah bangunan usang yg hmpir roboh,maka akan ku berjalan keseluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda,aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,tapi aku inginkan hati-hati yg ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah…”

Mohd Hafifi Hafiz Abu Bakar: Di akhir zaman ini,manusia menjadi buta,manusia menjadi tuli,mereka tidak mahu mengikut ajaran Allah dan Rasul..mereka merasakan ini semua boleh menjatuhkan maruah mereka..Ajaran yang dimaksudkan terkandung dalam Alquran...memang Alquran tidak pernah mengadu pada kita,kerana ia tidak mempunyai bahasa lisan.Alquran tidak pernah menangis kerana ia tidak memiliki air mata.Tetapi kita harus sedar,Alquran sentiasa memberitahu kepada kita juga kepada setiap penghafalnya,bahawa dia menderita dengan dosa-dosa manusia..

Sedikit renungan bersama melalui kiriman YM dari sahabat yang jauh. Membuatkan diri ini berfikir kembali tentang perjuangan yang hampir tenat…hari-hari yang semakin merunsingkan dan permandangan di sini yang semakin menyakitkan jiwa…sudah tentu pokok-poko jua makhluk Allah hidupan lain turut bersedih dengan kelakuan manusia hari ini…Sedihnya di zahirkan melalui panasnya cuaca sekarang ini..pokok-pokok sudah tidak segar-segar lagi..mungkin mereka jua berfikir, kenapa harus hidup subur…?sedangkan mereka mungkin bakal lagi melihat tingkah laku manusia di sekeliling mereka yang semakin hari semakin merungsingkan ini…bila bicara tentang begini…membuatkan hatiku bertambah-tambah sayu…

Mungkin kita boleh koreksi diri kembali…

Berapa kalikah kita membaca Al-Quran setiap hari…?

Adakah kita faham apa yang ingin di sampaikan kepada kita melalui kalamnya…?

Apakah kita mengamalkan apa yang di baca dan di fahami melalui kalamnya…?

mungkin kita boleh kembali kepada panduan yang di turunkan lama dulu sebagai permulaan untuk kembali mencari diri Islam yang hilang…InsyaAllah…

tidak akan wujud sebuah perjalanan…andai tidak di mulai dengan langkah pertama..dengan lafaz bismillah…mari kita bertekad untuk kembali menjadikan Al-Quran sebagai salah satu dari santapan seharian…amin…

No comments:

Post a Comment