DoAku......

DoAku......

Wednesday, July 14, 2010

Untuk Mu Wanita...


Tautan hati kami baru berputik...tetapi saya begitu betul menyayanginya..kerana saya rasa dekat dengannya...tetapi, saya runsing bagaimana harus saya tunjukkan rasa sayang saya padanya...Alhamdulillah....Allah menyayangi saya, dia dan kita semua...saya temui bingkisan rasa hati seorang pemuda yang begitu betul memberikan penawar pada kerunsingan saya...
hayatilah sedalam hati tentang nukilan dari langit Ilahi ini...saya harapkan agar kita menyedari tentang sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ini yang selama ini kita abaikannya...

Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini.Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkahkamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

Hatiku gerimis...senduku berlagu..menyedari tentang hakikat yang selama ini tidak aku sedari...betul-betul menyedari...dan aku tertunduk malu dengan bingkisan lelaki ini...

Maka berbahagialah lelaki dan perempuan yang betul berpegang dengan janji Allah...di dunia dan di akhirat...moga aku dan kita adalah sebahagian dari golongan yang sedikit itu...amin.

Tuesday, July 13, 2010

Cicipan Hati...SG 1


Tanggal 8 july 2010...alhamdulillah pertemuan pertama semula kami setelah masing-masing bergembira menghabiskan masa yang begitu berharga bersama keluarga masing-masing. Terima kasih ucapan yang tidak terhingga buat yang mengaturkan pertemuan ini. Sangat bermakna dalam ingatan mengeratkan kembali tautan hati antara kami semua...Iftar Jamaie bersinarkan cahaya kelam sang lampu jalan menghangatkan lagi suasa senja malam jumaat itu...alhadulillah...ramai muslimah dari muslimin seperti biasanya...namun, ia tidak menghampakan kerana kualiti masa yang kami luangkan bukannya pada kuantiti masa dan peneraju itu sendiri. Setelah azan berkumandang bersama-sama berbuka puasa dalam kelam cahaya santapan nasi ayam dan kueh mueh yang bisa memenuhi citarasa semua...syukur semuanya berpuas hati...

Maghrib bersama
Solat maghrib berimamkan muslimin yang tidak di ketahui siapa gerangannya membuatkan kami begitu kusyuk hingga ke akhirnya. kemudian yasin bersama hanya sahibah...lebih membuatkan kesannya mendalam dalam diri...satu suara satu irama mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di hening malam dalam kesayuan Balai Islam...di akhiri doa bersama mendoakan yang baik-baik sahaja untuk semuanya...


Heart 2 Heart memberangsangkan
Berbicara tentang santapan rohani buat bekalan meneruskan perjuangan hidup ini, membuatkan masing-masing bersama menyumbangkan pandangan untuk di kongsi bersama. di mulakan dengan kepentingan bacaan dalam solat terutamanya fathihah yang menjadi tonggak utama bacaan dalam solat. Di pertikaikan jika bacaannya tidak sempurna dan akhirnya membuahkan satu idea untuk mengadakan sesi mari belajar mengaji yang di terajui oleh lajnah TnK membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan...

" Al-quran melaknat pembacanya"...
satu kata-kata yang mengerunkan semua yang pernah membaca Al-quran..kenapa boleh jadi begitu?soalan berlegar di fikiran masing-masing. Kita selama ini tidak menyedari adakah kita telah meletakkan hak pada setiap kalimah jua setiap huruf yang di bacakan, lantas tidak sempurna maksud dan tidak sempurna sifat setiap dari ayat Al-Quran itu sendiri..lantas berdosalah kerana semua hak-hak ini tidak di tunaikan. Akhirnya membuahkan kemarahan Al-Quran itu sendiri dan melaknat pembacanya. Itu belum termasuk lagi memahami serta mengamalkan apa yang di bacakan dalam Al-Quran itu sendiri. Ini baru perkara asas...astaghfirullah...terkedu masing-masing mengenangkan betapa ilmu itu begitu penting dalam memahami semua yang berlaku hari ini...

Al-Quran sebagai Syifa' (penyembuh)...
Al-Quran berikan penyelesaian yang terbaik saat kita hadapi masalah dalam hidup~Quranic Law of attraction...subhanallah...hanya dengan melihat kembali intipati Al-quran ketika kita menghadapi masalah...kita boleh dapat jalan penyelesaian yang terbaik...betul!Segalanya dariNya..makanya jika berlaku apapun kembalilah kepadaNya...itulah yang terbaik. Jadi siapa bilang kita tidak bisa bahagia...?kita sudah di berikan penyelesaian sebelum masalah timbul...lalunya....jalan bahagia atau derita...juanya kita yang pilih...maka berpijaklah di bumi yang nyata dalam naungan kebesaran kasih sayang Allah...bahagia akhirnya...InsyaAllah....

Posstive THINKING vs negative thinking dan KESANnya dalam kehidupan
Cara orang berilmu dan mengamalkan ilmunya berbeza dengan orang yang tidak berilmu. Makanya di sebabkan itu jugalah Allah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu lebih tinggi dari yang lainnya...Luaran mencerminkan dalaman seseorang kebiasaannya, kerana kita bertindak mengikut apa yang kita fikirkan betul. dan akhirnya kita akan merasakan KESAN dari perbuatan kita yang di mulai dengan cara kita berfikir...Di sini kita dapat lihat betapa pentingnya cara kita berfikir dan mengambil tindakan...
" Mind control everything"
Solusinya...You think Possitive , you get posstive ways if not you down!Walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini kita kena belajar memahaminya dengan cara yang positif untuk menaikkan semangat kita untuk meneruskan langkah pada hari esok...

Orang yang bersemangat tinggi mencintai semua yang di hadapinya...
oleh itu untuk hidup lebih bersemngat dan berjaya mengharungi segala masalah dalam hidup perlulah bermula dari positive thinking dan akhirnya dapat mencipta bahagia sendiri tanpa bantuan orang lain di bawah naungan Redha Allah...insyaAllah...

Slot akhir luahan dari sahibah tentang peranan pro n cons :
ancaman facebook...
technologi ibarat pisau di tangan atau jam di dinding...
hot news...dan banyak lagi...
Insyaallah akan di utarakan dalam bingkisan seterusnya...

Akhir dengan solat Isya' berjemaah antara kami sahibah....dan kemudian mengaminkan doa bersama untuk perjuangan bersama di bawah satu qiblat yang sama...amin...
Perpisahan yang menambahkan eratnya lagi hubungan antara kami, untuk bertemu semula pada minggu hadapan dalam slot bersama Cicipan Hati...SG 2 pula...

pesanan buat yang tidak dapat menghadirkan diri meluangkan masa bersama hari itu...di sinilah sedkit sebanyak dapat di kongsikan...agar kamu semua tidak merasa di pinggirkan...kita bersama semuanya untuk perjuangan ini...akhir kalam...ucapan terima kasih buat semua yang menjayakan cicipan hati...secara langsung atau tidak langsung...semoga bertemu lagi nanti...LillahiTaala...

TaUtAn hAtI anTarA KiTa...




Aku megenalimu melalui satu nama
Aku memahamimu melalui satu hati
Aku meingatimu melalui satu kenangan
Aku menyedarimu melalui satu kesilapan
Aku menyayangimu melalui satu persahabatan
kau sungguh istimewa dalam hidupku...

Walaupun hanya sekejap perkenalan kita...walau hanya seketika kita bersama...namun aku dan kamu sudah terbiasa bersama...aku belajar banyak perkara tentang diri kamu...banyak jua aku belajar dari kamu..tentang hidup dan tentang erti perjuangan sebenar...keranamu..aku masih gagah menongkah badai perjuangan di sini!

di kala aku terkontang kanting di bumi yang sangat asing bagiku...kau menyapaku dengan huluran kasih sayang...saat aku kecundang dalam medan peperangan..kau masih lagi hulurkan tanganmu yang sudah berlumuran darah...aku tenggelam dalam air mata kebahagiaan...aku begitu merasakan yang Dia begitu sayang padaku...dengan mengurniakan kamu sebagai sebahagian dari hidupku....

aku hanya ingin kamu tahu...yang aku sangat bahagia punya kamu di sisiku...doaku jua buat kamu selalu...Dia akan memberikan kebahagiaan buat kamu dunia akhirat kerana membahagiakan aku...

aku bahagia di tegur kamu,
aku bahagia di marah kamu,
aku bahagia di penatkan olehmu,
aku bahagia di siksa kamu....

kerana bagiku...semuanya yang kau lakukan adalah kerana kasih sayangmu padaku...
akhirnya aku tahu...kamu dan aku punya banyak persamaan...lalu...membuahkan TAUTAN HATI antara kita..kerana Dia...segalanya kerana Dia...aku dan kamu masih bisa bahagia dalam kelelahan menetang badai dunia yang semakin bergelora ini...doaku kita akan bersama selalu...walau kini kita sudah berjauhan...kerana HATI kita masih tertaup kuat...selamanya...insyaAllah...aku benar menyayangimu sahabat seimanku tersayang....
aku tidak ingin melepaskan kamu selamanya dari kamus hidupku...itu pintaku pada Dia selalu...amin

Monday, July 12, 2010

di persimpangan ini...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kehadapan teman seperjuanganku yang aku sayangi…

Warkah ini aku titipkan di saat aku merasakan aku kecundang dalam mempertahankan kasih sayang sebagai seorang sahabat buatmu…maaf seribu kali maaf kerana bagiku…erti seorang sahabat itu begitu bernilai..kerana seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya akan mengenalkan erti syurga dan bukannya neraka…bersama mencari erti syurga dunia dan akhirat jua akan menariknya keluar dari neraka dunia dan akhirat.aku kini merasakan yang aku benar-benar seorang sahabatmu yang gagal…mesti kamu tertanya-tanya mengapa aku merasakan begitu kan…? Sebabnya hanya satu…ikhtilat!

Maaf,jika kamu merasakan diriku begitu mengambil tahu akan perihal peribadimu…telah aku katakan yang aku cuba menjadi teman terbaik mu..ikhlas.aku begitu sedih saat melihat gambar-gambarmu bersama yang bukan mahrammu…bergambar bersama dalam keadaan yang begitu rapat…bukankah ianya boleh menimbulkan fitnah buat dirimu?ketahuilah bahawa aku benar merasa terkilan melihat kamu adalah salah seorang di antara mereka yang tidak mengerti akan hakikat kesucian perhubungan antara lelaki dan wanita. Maaf sekali lagi. Bukan maksudku untuk menyinggungmu. Tetapi ketahuilah bahawa aku sedang cuba untuk menjadi sahabatmu yang bisa mengenalkan kemanisan berpegang pada perintah Allah.

Temanku yang aku sanjungi,

Ketahuilah yang aku merasa gembira punya teman seperti kamu. Kamu sangat baik.seorang yang ingin berjuang untuk islam kita, yang punya semangat tinggi, yang masih ingin bersama meneruskan perjuangan yang begitu mencabar di sini...mungkin..kerana bagiku, kau satu-satunya teman yang punyai semangat perjuangan yang sama denganku…dan aku jua tahu yang kamu ingin kepada jalan yang lurus dan suci...seorang lelaki dan wanita yang soleh dan solehah..insyaAllah..ameen..doaku selalu. Tetapi mengapa kau biarkan dirimu di pandang ringan oleh segelintir wanita dan lelaki yang lain…?seorang yang mudah di dekati?senang di turuti kemahuannya?menjadi seorang yang di sanjung…tidak begitu wahai temanku…apabila kamu benar-benar menuruti kehendak agama mu..maka ketahuilah bahawa Allah sendiri yang akan mengangkat darjat mu di sisi manusia..tidak perlu untuk kamu memohon itu…dan kamu akan merasa benar-benar bahagia saat itu…

Duhai temanku, Buatmu cebisan istimewa ini ku nukilkan…Tanda persahabatan setulus iman…

Tika air mataku berguguran, kau turut kepiluan

Tika senyumku tak lekang, kau ceria berpanjangan

Tika kesedihan bertamu, kau hiburkan semampumu

Tika lemah menyapa, kau ingatkan janjiNya

Tika kejayaan tercipta, Kau doakan redhaNya bersama

Di saat gersang jiwa, kau sirami muhasabah

Di saat tandus amal, kau suburkan Qudwah

Di saat gugur semangat, kau bajai Quwwah

Ketahuilah bahawa aku jua aku bangga punya sahabat sepertimu..

bersama berjuang dalam dunia penuh lelah ini

bersama bersatu dalam tautan hati keranaNya...

Moga ikatan ini kekal ke taman Jannah…

Sebenarnya banyak yang ingin ku kongsikan di sini..tetapi aku rasa cukuplah setakat ini dulu…aku jua mengharapkan agar jika kamu jua sahabatku..benar..tegurlah aku jika kedapatan salah ku di matamu..insyaAllah..aku bisa menerima dengan hati yang terbuka…insyaAllah

Setakat ini dulu kiriman kasih sayang dari sahabatmu yang jauh…doanya Redha Allah bersama dalam mengejar bahagia dunia akhirat..amen…

Perjuangan ini masih memerlukan aku, kamu dan Dia…KITA semua

Ikhlas dari…sahabat seperjuanganmu

Anna

Sunday, July 11, 2010

di celah kesibukan itu...


time table...
minggu pertama dalam tahun akhir pengajian sememangnya memenatkan, tidak seperti semester-semester yang lepas. bertindih program untuk di susun dan di kemas kinikan...bermulanya dengan register subject yang mengalami masalah...subject clash...dah akhir-akhir sem pun subject boleh clash lagi...sememangnya pelik...akhirnya setelah lebih dari 10 kali turun naik Wisma...alhamdulillah...siaplah time table ku..yang finalnya...walaupun terasa penat sangat menunggu hanya untuk urusan 3 minute...tak terasa ianya merugikan andai di manfaatkan dengan create link communication dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ketemu...merapatkan lagi ukhuwah...pengorbanan sahabat membantu menyelesaikan sedikit lagi procedure dan berjaya di printkan time table...alhamdulillah...izah..thanks sangat...terasa erat ukhuwah antara kita...

daurah nuqaba'
agak terkejut, di beritakan kena mencari lagi naqibah yang akan menjalani sesi training di kem Rebutia gombak...dalam hanya tak sampai satu minggu...betapa susahnya Allah sahaja yang Maha Tahu...keadaan di sini yang sememangnya susah untuk mencari pelajar yang berminat untuk mengikuti program sebegini...namun kerana di situ ada kesungguhan serta support dari teman-teman bersengkang mata sehingga pukul 2 pagi..semata-mata mencari lagi pelajar yang berminat...hahaha...pengalaman yang sungguh bermakna bersama...thanks a lot aqeh, ecah n izzah...u all help me a lot...
sedangkan malam tue sahaja baru habis 2 meeting utk RFP syariah dan briefing untuk naqibah yang akan ke program...setelah selesai semuanya...baru terasa penatnya kaki bergerak...tapi perasaan bergerak bersama dengan ukhuwah yang terbina kerana Allah sangat membantuku untuk lebih tersenyum dalam kesibukanku...masih lagi sempat berbuka puasa bersama pimpinan dan bermuhasabah diri bersama selepas musabaqah...erm...sangat terasa nikmat ukhuwah dan nikmat berada dalam jagaan Allah...semuanya smooth sahaja...tersenyum kelegaan dalam kebahagiaan...

" maka, nikmat Allah yang manakah yang engkau dustai"

tidak lupa jua...meeting briefing untuk proposal project paper untuk final year..terasa gerun...adakah aku mampu membuat yang terbaik..?teringat kata-kata yang di jadikan panduan...
" Allah tak janjikan kehidupan yang senang untukmu, tetapi Dia berjanji akan selalu bersamaMu dalam setiap langkahmu"
Alhamdulillah...akan terjadinya begitu...jika kita jua selalu bersamaNya...InsyaAllah...doanya selalu begitu...

namun aku sempat belajar sesuatu di celah kepenatanku dan kesibukanku menguruskan urusan duniaku...

persahabatan membuahkan senyuman kelegaan
kesabaran membuahkan kemenangan
kesungguhan tunggak kejayaan hakiki
dan paling penting tawakal kepadaNya adalah segalanya...

alhamdulillah...walaupun di celah-celah kepenatan itu...aku masih punya Dia tempat mengadu dan berharap...semuanya berjalan seperti yang di rancang...selesai sudah minggu pertama untuk tahun akhir yang aku kira berjaya di harungi dengan senyuman dalam kepenatan...

Moga di celah-celah kesibukanku itu...aku akan selalu mengingatiNya...tanda aku jua tidak akan melupakanNya...aku lebih senang dan bahagia punya masa yang sangat sibuk berbanding masa lapang yang tidak punya erti dalam hidupku...kerana aku takut akan di soalkan nanti kemana perginya usiaku di habiskan...kerana bagiku masa lapangku...selalunya akan membunuhku...

surat cinta...









Saat diri kelapangan,terselak satu daripada koleksi buku-buku ku..terpandang "Penawar bagi Hati"..

Surat al-Hassan al Bahsru yang di tujukan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz:

"Sesungguhnya dunia itu merupakan negeri perantauan dan bukan negeri yang tetap.Nabi Adam a.s. di turunkan dari syurga ke dunia kerana siksaan. Maka takutilah dunia itu.wahai Amirul Mukminin!Sesungguhnya bekalan dunia itu mudah lenyap.Kekayaan dunia itu merupakan kemiskinannya. Dunia itu mempunyai pembunuh. Dunia itu menghina orang yang memuliakannya.Memiskinkan orang yang mengumpulkannya. Dunia itu seperti racun yang di minum oleh perang yang tidak mengenalnya.Di dalamnya ada sesuatu yang mematikannya,Dalam menghadapi dunia itu hendaklah engkau seperti orang yang mengubati lukanya.Ia menjaga sedikit kerana takut terhadap yang tidak di sukainya pada masa yang panjang. Ia bersabar merasakan pahitnya ubat,kerana takut lamanya penyakit.Awaslah akan negeri ini,yang menyalahi janji,yang menipu,yang menyesatkan,yang menghiasi dengan tipuannya dan yang membuat fitnah dengan tipu dayanya.

Dunia membuat hal-hal yang ada sekarang menjadi angan-angan belaka dan membuat masa depan dengan perkataan.Dunia itu seperti pengantin perempuan yang datang kepada suaminya.Semua mata memandang kepadanya.Semua jiwa asyik kepadanya lalu ia tertipu dan durhaka serta lupa akan tempat kembali(akhirat).Kerana hatinya sibuk kepada dunia,maka tergelincirlah tapak kakinya.Lalu besarlah penyesalannya dan banyaklah kerugiannya.Orang yang gemar kepada dunia,tidak akan memperoleh apa yang di carinya.Tidak akan di perolehi hal yang menyenagkan dirinya setelah susah payah menjaganya.Lalu keluarlah ia tanpa bekalan,sebagaimana ia datang tanpa presediaan.Hati-hatilah terhadap itu wahai Amirul Mukminin!Hendaklah ada di antara engkau itu gembira dengan apa yang ada pada engkau!Awasilah diri,sesungguhnya teman dunia itu,tiap ia tenang dari dunia kepada kegembiraan,nescaya dunia itu menerbitkannya kepada yang tidak di sukai.Yang suka pada orang,dunia itu tertipu.Yang bermanfaat pada dunia itu,menipu yang mendatangkan melarat.Sesungguhnya sampailah kelapangan dari dunia itu dengan bencana.Dan yang kekal dari dunai itu mendatangkan kehancuran.Kegembiraan dunia itu bercampur aduk dengan kesedihan.Tiada kembalinya daripadanya, apa yang berpaling dan yang membelakanginya.Dan tidak di ketahui apa yang akan datang,lalu di tunggunya.Cita-cita dunia itu dusta dan angan-angan itu kosong belaka.Kejernihannya itu keruh.Dan kehidupannya itu susah.Dunia berbahaya bagi manusia,kalau ia berakal dan memperhatikan.Maka ia petik hikmah dari bahaya dan bencana itu atas ketakutan.Maka jikalau khaliq tidak memberitakan tentang dunia dan tidak membuat satu contoh perumpamaan bagi dunia dan nescaya dunia itu telah membangunkan orang tidur dan memperingatkan orang yang lalai.Bagaimanakah boleh demikian?Sesungguhnya telah datang dalam dunia dari Allah seorang pemberi pengajaran.Maka tiadalah dunia itu mempunyai nilai di sisi Allah Yang Maha Agung PujianNya. Dan ia tiadalah memandang dari dunia itu,semenjak di jadikanNya.Dan sudah di tunjukkan dunia kunci-kunci dan gudang-gudang kepada Nabi s.a.w.Lalu Nabi s.a.w tidak mahu menerimanya.Kerana baginda tidak suka menyalahi perintah Allah swt atau suka kepada yang di benci khaliqnya,atau meniggikan yang telah di rendahkan oleh pemiliknya.Ia di singkirkan dunia itu dari orang-orang soleh sebagai ujian.Ia bentangkan dunia itu bagi musuh-musuhnya,sebagai tipuan.Lalu di sangka oleh orang yang tertipu dengan dunia dan yang menguasai dunia,bahawa ia memperoleh kemuliaan dengan dunia itu. Dan ia lupa apa yang di perbuat oleh Allah swt,dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika ia mengangkat batu atas perutnya.

Telah datang riwayat dari Nabi Muhammad s.a.w dari Tuhannya(Allah) azza wa jalla bahawa Tuhan berfirman kepada Nabi MUsa a.s:

"Apabila engkau melihat kekayaan datang berhadapan,maka katakanlah ‘dosa yang mempercepatkan siksaannya’. Dan apabila engkau melihat kemiskinan berhadapan,maka katakanlah, ’selamat datang petanda orang-orang soleh’. Dan jika engkau mahu, ikutilah Isa Ibnu Maryam a.s. Sesungguhnya Nabi Isa a.s berkata: " Santapanku itu lapar dan pertandaku ialah takut. pakaianku itu bulu.Pemanasan tubuhku pada musim dingin ialah berpanas matahari.Lampu itu bulan.Kenderaan itu dua kakiku.Makannaku itu buah-buahanku itu,apa yang di tumbuhkan oleh bumi.aku bermalam dan aku tidak mempunyai apa-apa.Dan tidak seorang di atas bumi yang lebih kaya daripadaku". Orang mukmin itu pemimpin di atas dirinya.Sungguh ringanlah hitungan amal(hisab) atau suatu kaum yang mengadakan perhitungan atas dirinya sendiri atas dunia ini. Dan sesungguhnya sukarlah perhitungan (hisab) pada hari kiamat atau suatu kaum yang mengambil persoalan ini tanpa munasabah."

terkelu tanpa kata...warkah cinta yang selama ini kita abaikan...pesanan dari mereka yang mengasihi kita walaupun tidak pernah mengenali...

dalam kegelisahan ini...

Sahabatku

Dulu, semalam dan hari ini

Kau melihat generasi demi generasi

Menghancurkan kehidupan mereka

Dengan mengingkari ALLAH

Lalu…kau tunduk kesedihan dan kebuntuan

Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:

Apakah yang harus aku lakukan

Untuk menebus kelelahan ummat ini..?

Jawabku:

Bukankah kau adalah dai’ dan mujahid?

Katamu lagi:

Tapi langkahku terlalu lambat

Jawabku:

Kau lambat kerana kau sendiri sibuk

Dengan urusan duniamu

Mengejar impianmu dan lupa

akan hari kebangkitan…

pada hari itu…amalmu terbentang

tubuhmu terbuka..tiada sesiapa

apakah di sana ada bekalmu…?

sahabatku

pada akhir zaman

orang-orang yang memegang tali perjuangan itu

bagaikan menggenggam bara api

andai terus di genggam

hancur luluh jiwanya

Namun…andai di lepaskan…

Hancurlah dunia

Sahabatku

Aku bangga melihatmu derita

Dalam perjuangan

Dari melihatmu gembira dalam kelalaian

Aku bangga mendengar tangisanmu

Kerana pengorbanan

Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan

Aku bangga andai dikau mati

Di medan kebenaran

Dari hidup dalam kesesatan

Jangan takut untuk berjuang sahabatku

Kerana…orang-orang yang berjuang ini

Memang sentiasa di rintangi ujian

Sesungguhnya ALLAH sentiasa

Bersama orang-orang yang bersabar

Kerana jangan lupa sahabatku…

Kita hidup untuk perjuangan

Dan mati untuk kehidupan

Syurga impian.

Wardah;TOT HALAQAH;1am

Lembah Azwin