DoAku......

DoAku......

Monday, July 12, 2010

di persimpangan ini...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kehadapan teman seperjuanganku yang aku sayangi…

Warkah ini aku titipkan di saat aku merasakan aku kecundang dalam mempertahankan kasih sayang sebagai seorang sahabat buatmu…maaf seribu kali maaf kerana bagiku…erti seorang sahabat itu begitu bernilai..kerana seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya akan mengenalkan erti syurga dan bukannya neraka…bersama mencari erti syurga dunia dan akhirat jua akan menariknya keluar dari neraka dunia dan akhirat.aku kini merasakan yang aku benar-benar seorang sahabatmu yang gagal…mesti kamu tertanya-tanya mengapa aku merasakan begitu kan…? Sebabnya hanya satu…ikhtilat!

Maaf,jika kamu merasakan diriku begitu mengambil tahu akan perihal peribadimu…telah aku katakan yang aku cuba menjadi teman terbaik mu..ikhlas.aku begitu sedih saat melihat gambar-gambarmu bersama yang bukan mahrammu…bergambar bersama dalam keadaan yang begitu rapat…bukankah ianya boleh menimbulkan fitnah buat dirimu?ketahuilah bahawa aku benar merasa terkilan melihat kamu adalah salah seorang di antara mereka yang tidak mengerti akan hakikat kesucian perhubungan antara lelaki dan wanita. Maaf sekali lagi. Bukan maksudku untuk menyinggungmu. Tetapi ketahuilah bahawa aku sedang cuba untuk menjadi sahabatmu yang bisa mengenalkan kemanisan berpegang pada perintah Allah.

Temanku yang aku sanjungi,

Ketahuilah yang aku merasa gembira punya teman seperti kamu. Kamu sangat baik.seorang yang ingin berjuang untuk islam kita, yang punya semangat tinggi, yang masih ingin bersama meneruskan perjuangan yang begitu mencabar di sini...mungkin..kerana bagiku, kau satu-satunya teman yang punyai semangat perjuangan yang sama denganku…dan aku jua tahu yang kamu ingin kepada jalan yang lurus dan suci...seorang lelaki dan wanita yang soleh dan solehah..insyaAllah..ameen..doaku selalu. Tetapi mengapa kau biarkan dirimu di pandang ringan oleh segelintir wanita dan lelaki yang lain…?seorang yang mudah di dekati?senang di turuti kemahuannya?menjadi seorang yang di sanjung…tidak begitu wahai temanku…apabila kamu benar-benar menuruti kehendak agama mu..maka ketahuilah bahawa Allah sendiri yang akan mengangkat darjat mu di sisi manusia..tidak perlu untuk kamu memohon itu…dan kamu akan merasa benar-benar bahagia saat itu…

Duhai temanku, Buatmu cebisan istimewa ini ku nukilkan…Tanda persahabatan setulus iman…

Tika air mataku berguguran, kau turut kepiluan

Tika senyumku tak lekang, kau ceria berpanjangan

Tika kesedihan bertamu, kau hiburkan semampumu

Tika lemah menyapa, kau ingatkan janjiNya

Tika kejayaan tercipta, Kau doakan redhaNya bersama

Di saat gersang jiwa, kau sirami muhasabah

Di saat tandus amal, kau suburkan Qudwah

Di saat gugur semangat, kau bajai Quwwah

Ketahuilah bahawa aku jua aku bangga punya sahabat sepertimu..

bersama berjuang dalam dunia penuh lelah ini

bersama bersatu dalam tautan hati keranaNya...

Moga ikatan ini kekal ke taman Jannah…

Sebenarnya banyak yang ingin ku kongsikan di sini..tetapi aku rasa cukuplah setakat ini dulu…aku jua mengharapkan agar jika kamu jua sahabatku..benar..tegurlah aku jika kedapatan salah ku di matamu..insyaAllah..aku bisa menerima dengan hati yang terbuka…insyaAllah

Setakat ini dulu kiriman kasih sayang dari sahabatmu yang jauh…doanya Redha Allah bersama dalam mengejar bahagia dunia akhirat..amen…

Perjuangan ini masih memerlukan aku, kamu dan Dia…KITA semua

Ikhlas dari…sahabat seperjuanganmu

Anna

No comments:

Post a Comment