Sahabatku
Dulu, semalam dan hari ini
Kau melihat generasi demi generasi
Menghancurkan kehidupan mereka
Dengan mengingkari ALLAH
Lalu…kau tunduk kesedihan dan kebuntuan
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
Apakah yang harus aku lakukan
Untuk menebus kelelahan ummat ini..?
Jawabku:
Bukankah kau adalah dai’ dan mujahid?
Katamu lagi:
Tapi langkahku terlalu lambat
Jawabku:
Kau lambat kerana kau sendiri sibuk
Dengan urusan duniamu
Mengejar impianmu dan lupa
akan hari kebangkitan…
pada hari itu…amalmu terbentang
tubuhmu terbuka..tiada sesiapa
apakah di sana ada bekalmu…?
sahabatku
pada akhir zaman
orang-orang yang memegang tali perjuangan itu
bagaikan menggenggam bara api
andai terus di genggam
hancur luluh jiwanya
Namun…andai di lepaskan…
Hancurlah dunia
Sahabatku
Aku bangga melihatmu derita
Dalam perjuangan
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian
Aku bangga mendengar tangisanmu
Kerana pengorbanan
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan
Aku bangga andai dikau mati
Di medan kebenaran
Dari hidup dalam kesesatan
Jangan takut untuk berjuang sahabatku
Kerana…orang-orang yang berjuang ini
Memang sentiasa di rintangi ujian
Sesungguhnya ALLAH sentiasa
Bersama orang-orang yang bersabar
Kerana jangan lupa sahabatku…
Kita hidup untuk perjuangan
Dan mati untuk kehidupan
Syurga impian.
Wardah;TOT HALAQAH;1am
Lembah Azwin
No comments:
Post a Comment