DoAku......

DoAku......

Friday, December 3, 2010

PNB INVESTMENT COMPETITION




Alhamdulillah...tanggal 27 September 2010 yang lalu....saya dapat mewakili Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ke pertandingan pelaburan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB. Pertandingan kuiz pelaburan antara universiti-universiti seluruh Malaysia...yang di adakan di Marriot Hotel Putrajaya...

Pertandingan yang berlansung selama dua hari satu malam itu begitu banyak memberikan pengalaman dan jua pengajaran buat diri ini...walaupun hanya sekadar dua hari satu malam...

aku ketemu sahabat yang lama sudah tidak berjumpa...Siti Hamidah md Rodzi...

sangat sedikit peserta yang bernama Islam...barangkali...yang pastinya...peserta yang berjaya ke peringkat akhir cuma yang bukan ber "bin" atau "binti" namanya...sangat menyentuh dalam sanubari ini...kenapa dan mengapa...?biarpun sudah dua tahun aku mewakili Universiti...namun, mungkin bukan rezeki lagi untuk menjadi salah seorang muslim yang berjaya ke peringkat akhir...aku pasti kenapa itu berlaku...mungkin masih perlu di fikirkan bagaimana kembali memartabatkan muslim dalam bidang kewangan ini dan pelaburan...dan akhirnya kembali menerajui ekonomi malaysia...akhirnya dunia...perlu usaha yang sangat kuat.itu aku pasti...

Di kesempatan yang Allah berikan padaku untuk merehatkan diri dan minda serta perasaan dari kesibukan dan kekacauan yang melanda diri dalam semester yang sedang di lalui...alhamdulillah...sedikit ketenangan hadir dalam diri...setelah berehat di hotel 5 bintang itu dan menghirup udara segar jauh dari UNITEN dan Muadzam yang menyesakkan dadaku ketika itu sebentar...dan akan kembali berhadapan dengan cabaran yang begitu menduga tahap kesabaranku...aku mohon kekuatan dari Mu Ya Allah....

Sekitar pertandingan

pesertanya bukan sedikit...menjangkau ratusan pelajar...dari berbagai kaum, agama dan jua negara...di sini terdapat perbezaan antara pelajar yang levelnya tinggi dan rendah...sangat ketara...walau pun masing-masing membawa nama universiti masing-masing...aku nampak sangat ketara tentang itu...itu yang harus di pelajari dan di teladani...
Allah mengangkat darjat orang yang berilmu di antara kamu...

alhamdulillah...akhirnya...dapat kembali semula ke universiti masing-masing setelah program selesai...universiti malaya, universiti sains malaysia, universiti utara malaysia dan Kolej Tunku Abdul Rahman berjaya menbawa pulang kemenangan masing-masing...

selesai sudah...lagi satu tanggungjawab dan kesempatanku sebagai pelajar...

Allah mengajarkan aku erti sebuah kesabaran…




Sabar. Bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersabar dan mengerjakan solat. Kerana dengan solat, kita sebagai hambaNya terasa dekat denganNya.begitu juga dengan sabar. Dengan bersabar, kita dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta kita. Syukur padaMu Ya Allah…kerana mengajarkan aku erti kesabaran dengan dunia ini. Begitu payah hidup yang aku lalui…rupanya itu bentuk huluran tangan kasih sayangMu untuk ku supaya dapat mengajarkan aku erti kesabaran yang harus aku pupuk dalam diri ini. Setinggi kesyukuranku padaMu anugerah yang tidak terhingga.Alhamdulillah…

Tipu. Jika aku katakan aku tidak cedera dalam usahaku untuk memupuk sabar dalam diri ini. Sehinggakan aku dapat merasakan sakitnya badan menahan diri untuk belajar bersabar. Berapa banyak air mata yang mengalir dari sakitnya menahan diri untuk menjemput sabar hadir ke dalam diri ini…tapi ingatlah wahai muslim…usahamu itu tidak sia-sia, kerana Allah sudah mengiranya setiap saat yang kau hadirkan dalam niatmu jika semuanya hanya kerana Dia…

Sabar menahan kemarahan.
Sabar menahan mehnah.
Sabar menjalani ujian.
Sabar menahan diri dari lakukan dosa dan maksiat.
Sabar dalam berdakwah dan melakukan kebaikan.
Sabar berhadapan dengan manusia.

Seorang muslim itu harus percaya tentang adanya sebuah lagi kehidupan selepas kehidupan dunianya,iaitu yang di namakan alam akhirat…hidup ini tidak hanya terhenti di sini. Ada kesinabungan antara alam dunia dan alam akhirat. Begitu juga kesinabungan dengan apa yang kita lakukan sekarang akan jua memberi kesan kepada kehidupan yang selepas ini… Jadi ingatlah kesabaranmu itu ada anugerahnya buatmu, jika tidak di dunia akan ada bahagia menantimu di akhirat kelak. Kerana itu janjiNya. Dan Dia tidak pernah memungkiri janji…Hati ini kembali bahagia dalam rahmatMu, biar sakit di sini, kerana dunia adalah tempatmu bekerja untuk nikmati hasilnya di akhirat kelak…

“ Bersabarlah lima minit sahaja terhadap tipu daya orang-orang yang menipu, kezaliman orang-orang yang zalim, kekejaman orang-orang yang kejam. Sebab jalinan tali itu akan terjatuh, ikatan akan terlepas, orang yang di penjarakan akan di keluarkan, dan kegelapan akan memudar. Yang di perlukan hanyalah anda bersabar dan menunggu”.
Bira betapa musibah besar terasa menyesakkan dada ini…namun ku pasti akan bertemu kebahagiaan abadi yang merawat luka ini…menghapus air mata di pipi…ku terus menanti saatnya hadir…tika saat itu hadir…ku telah lupakan segalanya…hanya menjemput ketenangan dan kebahagiaan abadi…kurniaan Ilahi buat diri yang tidak putus-putus harap menanti sinar dariNya…
Sedang hanya Allah yang miliki jalan keluar…
Teruskan bersabar dan berdoa…insyaAllah…telah di tetapkan segalanya buat mu di dunia ini…bagaimana setelah, sekarang dan saat yang bakal kau hadapi di sini…

“Zamanku selalu menentangku,
Sedang ia tidak tahu
Bahawa aku lebih mulia dan berbagai kejadian,
Zaman menjadi hina ketika aku tertidur,
Ia memperlihatkan kepadaku bagaimana keangkuhannya
Sedang aku pun tidur
Aku perlihatkan kepadanya bagaimana kesabaran itu.”-Dr Aidh Abdullah Al-Qarni

Inilah yang di lakukan oleh orang-orang yang berakal, mereka menghalang berbagai cubaan dan meletakkan kesusahan di bawah kekuatannya…
Bersabarlah dan tidaklah kamu bersabar, kecuali dengan pertolongan Allah, bersabarlah dengan kesabaran orang yang yakin aka nada jalan keluar, mengetahui cara terbaik, memohon pahala, menginginkan pengguguran dosa. Bersabarlah meskipun begitu besar cubaan yang menerpamu dan musibah menjadi gelap di hadapanmu. Sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran dan sesungguhnya jalan keluar sesudah kesusahan dan sesudah kesusahan di situ ada kemudahan.

Wednesday, October 27, 2010

salam imtihan

"...Cukuplah Allah s.w.t menjadi Penolong kami dan Allah s.w.t adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat kurnia (yang besar dari) Allah s.w.t, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah s.w.t, Dan Allah s.w.t mempunyai kurnia yang besar." (Ali Imran : 173-174)

CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG

USAHA + TAWAKAL = BERJAYA

SALAM IMTIHAN
BI TAUFIQ WA NAJAH BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN DI UNITEN
Semoga Imtihan ini menjadi jambatan pengerat hubungan kita dengan Ya Robb...amin
Semoga Kejayaan menjadi milik kita...muslim

singgah sebentar di Tinta Hatiku...

Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah...kerana dengan kesempatan sedikit masa yang di berikan...aku masih mampu untuk menekan keyboard notebook ku ini untuk sedikit coretan buat penambah saham buat akhiratku...semoga...di permudahkan segalanya...

sudah lama aku kira..tidak menjenguk ke tinta hatiku ini...mungkin sedang merajuk dia barangkali,dengan kesibukanku menguruskan hal-hal duniaku yang kian mencabar kesabaran serta kewibawaanku sebagai seorang muslim untuk menempah nama di syurgaNya...harapannya,agar semuanya baik-baik sahaja...insyaAllah...

Sedang menghadapi peperiksaan tahun akhir aku sekarang...sekejap aja semester ini aku kira.Alhamdulillah...masaku begitu terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, aku kira...insyaAllah..harapannya begitu, supaya tidak banyak di soalkan kemana usiaku di habiskan nanti...

Banyak rasanya yang aku ingin kongsikan di sini...tapi nanti-nantilah...insyaAllah..punya kesempatan nikmat masa yang Allah berikan lagi..aku akan postkan bingkisan-bingkisan buat tatapan kita bersama, insyaAllah...moga di beri kesempatan untuk itu..amin Ya Robb..

sekian dulu untuk kali ini...ketemu di kesempatan yang lain...insyaAllah...

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksaan neraka" (Al-Baqarah : 201)

Thursday, August 12, 2010

Luahan;Sedih dengan debu-debu dosa


Aku benar-benar terkilan...

Aku melangkah ke tempat itu dengan tujuan untuk membantu menghilangkan debu-debu dosa, untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah, untuk mencari redha Allah, untuk membuatkan Allah lebih sayang padaku…semuanya kerana Dia…

Tetapi setelah aku berada di tempat itu, aku kini merasa begitu sedih…

Teramatlah sedih melihat dan mengenangkan diriku sekarang ini…

Kenapa harus begini…???

Mengapa jadi begini…???

It change me a lot….ke arah yang Dia tidak suka…dan aku tahu sememangnya Dia sekarang murka denganku. Tidak tahu harus bagaimana lagi untuk menebus kelelahan ini…sangat sedih..tersedu-sedu aku menangis…menahan gelora hati dan jiwa serta nurani dan juga jasmani yang sakit. Bahana perbuatan sendiri dan juga natijah dari kesan tindakanku dulu untuk ke sini…di mana silapnya…???

Adakah kerana niatku??tidak!!

Aku ke sini hanya kerana Dia!!!untuk membantu hamba-hambanya di sini…

Adakah kerana lemahnya imanku…???masih menjadi tanda Tanya yang jawapan untuk itu…akhirnya aku tenggelam dalam kesedihan mengenangkan betapa Dia marah padaku kini…terkenang kembali aku yang dahulu sebelum ke tempat ini…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walaupun aku yang dulunya di sini, memang banyak pancarobanya, debu-debu dunia yang gelap, begitu tebal sehingga penglihatanku terbatas, walau aku tidak gembira di sini…aku tetap punya bahagia menjadi aku…yang tidak larut dengan suasana…aku masih menjadi aku…walau debu-debu yang kuat sering menampar-nampar mukaku…namun aku masih punya kekuatan untuk menepisnya dengan tangisan kemenangan dan kebahagiaan..kerana aku masih aku..dan Dia menyayangiku…aku tahu ketika itu…hatiku masih kekal, kebal tidak berganjak…dan kerana aku tidak punya banyak pilihan untuk di timbang kira…

Dahulu…aku

Siangnya hanya untuk belajar,berpenat lelah memerah otak demi mencari ilmu, menunaikan fardhu Ain…malamku…hanya di rumah…selesai semua tugasan yang di rancang…tidur awal untuk bangun malam…kembali sujud pada Dia…berdating dengan Dia…mengisi masa berhargaku bersama Dia…aku punya banyak masa untuk Dia…Dia selalu di hatiku….AKU BAHAGIA…walau di sisi sekelilingku penuh dengan debu-debu dosa…kerana Dia masih bersamaku…

Kemudian…aku

Mengambil langkah untuk membantu menghilangkan debu-debu dosa di sekelilingku, juga Kerana Dia…aku berusaha sebaik mungkin untuk membuatkan Dia lebih menyayangiku…aku kira aku mampu untuk menghilangkan debu-debu dosa di sekelilingku…dan Dia akan lebih menyayangiku…aku memang tamak untuk mendapatkan cinta Dia dulu…tapi kini aku ingin kongsikan bersama sekelilingku…kerana dengan itu Dia akan lebih menyintaiku…itu benar

Tetapi kini aku silap perhitungan…baru aku tahu, diriku tidak mampu untuk itu…aku terheret di kaki debu-debu dosa…ia mengelilingiku kini, mungkin sebahagian darinya…aku tersangat sedih…

Aku…kini

Siangku banyak masaku di habiskan untuk membuat perkara-perkara yang membuatkan bertambahnya lagi debu-debu dosa di sekelilingku…walau itu bukan pintaku!aku berpenat membuat tugasan itu semata-mata untuk mendapat redha Dia..tetapi Dia memusuhiku…kerana aku secara tidak langsung menambah debu-debu dosa di sekelilingku…aku teramat sedih…tidak dapat ku gambarkan perasaan ini…malamku…aku terpaksa tidur lewat merangka apa lagi yang boleh aku lakukan sebaik mungkin untuk Dia…aku tidur lewat…malamku kini selalunya di luar…bukan lagi di rumah…kononnya untuk menunaikan amanahku, tetapi dalam masa yang sama, debu-debu doa kian melekat pada diri ini…dimana diriKu!!!aku tenggelam dalam mempertahankan sesuatu yang di namakan amanah!

Aku sudah tidak punya banyak masa untuk Dia!banyak masaku di habiskan untuk debu-debu dosa kini…aku tidak mampu lagi untuk ketawa…bahkan untuk tersenyum di dalam jagaku juga aku tidak mampu…AKU GAGAL!untuk mendapatkan cintanya kerana terpalit pada diriku kini debu-debu dosa yang dahulunya aku ingin hilangkan…

Ya Allah…aku memohon keampunan dariMu…

Tolong tarik balik diriku ini dalam jagaanMu seperti waktu dahulu…

Walau dulu aku sendiri…aku masih bisa benar tersenyum bahagia..

Tidak seperti sekarang!semuanya palsu!aku bukan diriku!aku tidak suka itu!

Aku hanya mahu DiriMu….tolong aku Ya Allah….

Sesungguhnya aku sudah tidak berdaya untuk menunaikan amanah ini, kerana aku tidak cukup kuat, kerana amanah ini juagalah…aku merasa begitu berdosa kepadaMu, aku merasa begitu jauh denganMu, aku merasa Engkau sudah tidak sayang lagi padaKu…Tolong jangan begitu….Tolong Ya Allah….bukan salah amanah, hanya salah diriku yang tidak cukup kuat untuk itu…tidak cukup kuat untuk terus berada di tempat itu menjalankan amanah untuk menghilangkan debu-debu dosa bersendirian.fullstop.

jauh di sudut hatiku;aku masih bersyukur...kerana rasa ini adalah bukti Engkau tidak pernah melupakan aku...tolong tungguku di situ selalu...aku sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan cintaMu semula...tuntun langkahku Ya Allah...


Monday, August 2, 2010

SEKA AIR MATAMU PEJUANG- langit Ilahi

Seka air matamu wahai pejuang. Bukan kau bergerak dengan hitungan manusia. Bukan kau hidup untuk memenuhi kehendak mereka. ~ picture from http://www.lightning-strike.com


Pejuang.

Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan.

Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka.

Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.

Maka jangan kamu meminta kepada mereka.

Aku disisimu, hendak menceritakan sesuatu.

Syyyhh… jangan menangis.

Seka air matamu wahai pejuang.

Lumrah pejuang

Apakah kau tahu lumrah pejuang?

Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.

Cabaran dan pengorbanan.

Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.

Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.

“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.

Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.

Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati.

Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.

Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.

Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?

Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang.

Tetapi jangan fikir engkau terbuang.

Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.

Dia ada untukmu.

Dia

Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.

Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.

Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.

Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:

“…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.

Seka air matamu.

Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.

Dia menjagamu. Menjagamu.

Merapatlah

Pejuang, seka air matamu itu.

Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.

Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.

Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.

Tetapi Dia punya segalanya.

Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 155-157.

Dan Dia bukan penipu.

“Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Ar-Ruum ayat 5-6.

Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.

Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.

“Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah Ghaafir ayat 60.

“Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah Muhammad ayat 7.

“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.

Seka air matamu. Gerakkan dirimu.

Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.

Selainnya tiada.

Penutup: Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.

Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.

Jangan menangis ya?

Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.

Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.

Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?

Tersenyumlah. Bangun.

Teruskan perjuangan.

Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.

Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.

kisah rama-rama dan musim bunganya...ISTIMEWA RAMADHAN

Jika di tanya tentang rama-rama, ramai yang menyatakan sukakan rama-rama kerana ianya cantik. Tetapi seberapa ramai antara kita yang tahu kisah di sebalik Allah menjadikan rama-rama yang cantik itu, dan seberapa ramai antara kita yang tahu kesakitan dan kisah silam seekor rama-rama yang cantik itu? Tidak Allah jadikan segala yang di dunia ini sia-sia dan Allah berikan manusia akal yang istimewa untuk melihat hikmah di sebalik setiap kejadian. Maka bersyukurlah kita.

Kisah di sebalik cantiknya rama-rama saya dengar pada bulan puasa 5 tahun dahulu. Saya sudah tidak ingat siapa yang menyampainya tetapi kisahnya yang masih terpahat kukuh dalam ingatan saya. Di sini saya kongsikan kisahnya untuk panduan dan pengajaran yang berharga buat kita semua. Moga-moga ianya dapat di jadikan pengajaran buat kita semua..Kisahnya begini.

Ada seekor ulat yang kerap merosakkan pokok-pokok serta tanaman petani di sebuah kampung. Ulat yang istimewa ini dapat merasakan kebencian orang-orang di kampung tersebut. Ia kerap terdengar petani-petani itu mengatakan tentang kebencian mereka kepadanya, sudahlah buruk rupanya dan merosakkan tanaman pula, tidak ada apa yang istimewa langsung kepadanya. Dan mereka hanya akan membunuhnya sahaja jika di jumpainya di mana-mana. Ia berasa menyesal dengan apa yang telah berlaku. Tetapi apakan dayanya kerana hanya itulah makanannya.Allah sudah takdirkan hidupnya begitu. Namun dia pasti setiap apa yang Allah tentukan ada hikmah di sebaliknya.

Oleh sebab itu, ia telah membawa diri jauh ketengah hutan dan memasuki sebuah gua, di sana ia bertaubat dan bermunajat kepada Allah, memohon agar segala dosa-dosanya selama ini di ampunkan oleh Allah dan memohon agar dirinya di jadikan sesuatu yang akan di pandang sebagai sesuatu yang berharga oleh orang-orang di situ.

Lalu si ulat mengurungkan dirinya di dalam daun-daun seberapa lamanya tanpa makan dan minum mengharapkan agar dosanya di ampunkan oleh Allah, dan menjadikan dirinya lebih baik dari sebelum ini. Setelah sekian lama begitu sang ulat merasakan terdapat kelainan yang berlaku pada dirinya, maka terkeluarlah sang ulat dari kepompongnya. Dan tanpa di sedarinya dia kini sudah bersayap. Dan sayap pada badannya berwarna warni dengan cantik sekali. Dan dia juga boleh terbang dengan bebasnya.Tetapi ada juga antara rakan-rakannya yang tidak tahan dan mati di dalam waktu berpuasa itu. Tetapi dia bersyukur Allah memanjangkan usianya. Lalu dia keluar kembali ke kampungnya dahulu. Apabila orang-orang terpandangnya sahaja, ramai yang memujinya menyatakan bahawa dia cantik dan sukakannya.

Betapa bahagianya sang ulat, yang dahulunya hodoh dan hanya mendapat kebencian orang, selepas dia bertaubat, dia menjadi cantik dan di sukai orang.Tetapi semua itu hanya sementara, kerana dia juga akan pergi selapas ini. Tetapi dia bahagia kini, kerana dosanya diampunkan tuhan dan lebih bahagia dengan kehidupannya kini berkat kesabarannya mengharapkan ampunan dari tuhan mendapat pujian dan di sukai semua makhluk di sekelilingnya…hidup ini indah..jika KERANA ALLAH…

Itulah kisah sang ulat yang bertukar cantik setelah bersungguh di medan perjuangan ramadahannya...sangat indah ramadhan bagi orang-orang yang beriman..umpama bunga yang mekar di musim bunga...

Salam ramadhan buat semua...moga ramadhan kali ini bergitu berbunga buat kita semua...

RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN KAREEM

RAMADHAN KAREEM...hadirmu yang selalu ku nantikan

Wednesday, July 14, 2010

Untuk Mu Wanita...


Tautan hati kami baru berputik...tetapi saya begitu betul menyayanginya..kerana saya rasa dekat dengannya...tetapi, saya runsing bagaimana harus saya tunjukkan rasa sayang saya padanya...Alhamdulillah....Allah menyayangi saya, dia dan kita semua...saya temui bingkisan rasa hati seorang pemuda yang begitu betul memberikan penawar pada kerunsingan saya...
hayatilah sedalam hati tentang nukilan dari langit Ilahi ini...saya harapkan agar kita menyedari tentang sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ini yang selama ini kita abaikannya...

Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?

Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini.Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.

Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?

MasyaAllah.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkahkamu memandang diri kamu berharga?

Maka jangan murahkan.

Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.

Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.

Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

Hatiku gerimis...senduku berlagu..menyedari tentang hakikat yang selama ini tidak aku sedari...betul-betul menyedari...dan aku tertunduk malu dengan bingkisan lelaki ini...

Maka berbahagialah lelaki dan perempuan yang betul berpegang dengan janji Allah...di dunia dan di akhirat...moga aku dan kita adalah sebahagian dari golongan yang sedikit itu...amin.